• Kereta Hyundai dan KIA bakal dilengkapi dengan Android



    24 Oktober 2013 - Perkembangan sistem operasi Android kian menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah pengenalan telefon pintar, jam tangan pintar, kaca mata pintar dan banyak lagi. Terbaru, pihak pengeluar kereta popular Hyundai dan KIA dikatakan bakal mengintegrasikan sistem navigasi berasaskan Android pada kereta keluaran terbaru mereka tidak lama lagi. Sekiranya semuanya seperti yang dirancang, kita bakal melihat kereta yang menggunakan Android seawal hujung tahun ini.

    Perincian berkenaan sistem navigasi audio video (AVN) berasaskan Android masih belum kelihatan namun kita boleh menjangkakan ia bakal dilengkapi dengan fungsi aplikasi tambahan berserta sokongan multimedia untuk hiburan. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan sistem AVN ini bakal disertakan dengan sokongan WiFi dan modem 3G. Beberapa laporan media melaporkan kenderaan yang bakal menggunakan sistem AVN ini adalah Hyundai Genesis dan KIA Soul.


    Penggunaan sistem operasi mudah alih popular bukanlah sesuatu yang asing di mana sebelum ini terdapat juga pengeluar yang menggunakan iOS melalui iPad yang diintegrasikan ke dalam kenderaan tersebut. Malah pihak Nokia juga sedang berusaha untuk mempopularkan sistem navigasi Nokia HERE mereka kepada pengeluar kereta di seluruh dunia. 

    Sumber informasi : Android Community
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain