• Konsep jam tangan pintar Apple iWatch dengan kerjasama Nike


    22 Oktober 2013 - Bayangkan sekiranya Apple dan Nike berkerjasama untuk menghasilkan sebuah jam tangan pintar. Sudah pasti perkara ini akan mengujakan ramai pihak. Seorang pelajar daripada Jerman, Thomas Bogner, telah membayangkan produk berkenaan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku dengan menghasilkan sebuah gambar animasi dalam bentuk GIF. Konsep yang ditunjukkan oleh Thomas ini sememangnya amat menarik di mana beliau telah mengunakan rekaan yang terdapat pada sebuah Nike+ Fuelband dan diintegrasikan bersama sebuah peranti iOS.


    Terdapat sebuah skrin melengkung pada jam tangan berkenaan untuk menunjukkan masa, mesej, nama lagu dan banyak lagi. Fungsi yang dicadangkan juga amat menarik di mana ia mempunyai pemain iTunes, Apple iMessage, kalendar serta aplikasi Nike+ Fuelband. Amat menarik sekali sekiranya konsep ini digunakan oleh Apple di masa akan datang. Buat masa ini, CEO Apple, Tim Cook, juga merupakan salah seorang lembaga pengarah Nike. Oleh itu, tidak mustahil perkara mungkin terjadi.

    Sumber informasi : Mashable
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain