• Motorola menyambut baik konsep Phonebloks melalui projek Ara


    29 Oktober 2013 - Masihkah anda mengingati konsep Phonebloks daripada Dave Hakkens yang cuba membina telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna? Motorola dilihat menyambut baik idea ini di mana mereka telah bekerjasama bersama Phonebloks di dalam projek Ara. Projek terbaru ini bakal menumpukan untuk membina sebuah telefon pintar yang boleh diubahsuai, dikemaskini tanpa perlu menukar keseluruhan telefon berkenaan. Ia seumpama membina sebuah telefon pintar mengikut citarasa pengguna itu sendiri. Sistem operasi utama yang bakal digunakan sudah pastinya adalah Android kerana Motorola juga merupakan sebahagian daripada syarikat di bawah naungan Google.


    Motorola mempersetujui idea Phonebloks kerana mereka yakin pengguna berhak memilih kos sesebuah telefon yang ingin dimiliki serta teknologi dan reka bentuk yang diingini. Pengguna boleh memilih teknologi seperti kapasiti bateri, saiz skrin, sensor kamera dan sebagainya untuk digabungkan menjadi sebuah telefon pintar. Proses penyambungannya pula seharusnya semudah memasang sebuah LEGO. Menariknya Motorola cuba menjadi projek Ara ini sebagai projek komuniti bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain