• Nokia Asha 500, 502 dan 503 umpama disimpan di dalam kristal kaca


    26 Oktober 2013 - Pada minggu yang lalu juga, Nokia telah melancarkan 3 ahli keluarga baru untuk Asha iaitu Nokia Asha 500, 502 dan 503. Variasi telefon Nokia yang menggunakan sistem operasi rekaan Nokia sendiri nampaknya kian bertambah terutama kerana permintaannya yang meningkat berikutan harga jualan yang rendah. Ketiga-tiga telefon ini sekilas pandang boleh dikatakan amat unik kerana ia memiliki kerangka luaran yang lutsinar untuk melindungi bahagian badan yang berwarna pada telefon berkenaan. Rekaan sebegini boleh dikira sebagai sesuatu yang tidak pernah kita lihat oleh mana-mana pengeluar telefon sebelum ini. Ia menarik dan lain dari yang lain. Berikut adalah spesifikasi untuk ketiga-tiga telefon berkenaan:

    Nokia Lumia 503

    Dimensi
    Ketinggian: 102.6 mm
    Kelebaran: 60.6 mm
    Ketebalan: 12.7 mm
    Berat: 110.2 g

    Paparan
    Saiz Paparan: 3 inci
    Perincian Paparan: Corning® Gorilla® Glass, skrin Nokia Glance

    Fotografi
    Sensor Kamera Utama 5 MP
    Jenis Flash: LED flash



    Nokia Lumia 502

    Dimensi
    Ketinggian: 99.6 mm
    Kelebaran: 59.5 mm
    Ketebalan: 11.1 mm
    Berat: 100 g

    Paparan
    Saiz Paparan: 3 inci
    Perincian Paparan: Paparan Melengkung

    Fotografi
    Sensor Kamera Utama: 5 MP
    Jenis Flash: LED flash


    Nokia Lumia 500

    Dimensi
    Ketinggian: 100.3 mm
    Kelebaran: 58.1 mm
    Ketebalan: 12.8 mm
    Berat: 101 g

    Paparan
    Saiz Paparan: 2.8 inci
    Perincian Paparan: Skrin Nokia Glance

    Fotografi
    Sensor Kamera Utama: 2 MP
    Resolusi Kamera: 1600 x 1200 piksel

    Ketiga-tiga telefon Nokia Asha ini dibezakan dengan saiz sensor kameranya di samping ukuran saiz badan yang berlainan. Nokia Asha 500 akan dijual pada harga USD69 (RM217), dan Asha 503 pada harga USD99 (RM311). Nokia Asha 502 pula akan dijual bermula pada harga USD89 (RM280). Kesemuanya didatangkan dalam 6 pilihan warna yang menarik iaitu kuning, merah, hijau, putih, biru dan hitam.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain