• Nokia Lumia 2520 - Tablet Nokia yang pertama


    22 Oktober 2013 - Seperti yang dijangkakan, Nokia telah memperkenalkan tablet pertama mereka di acara Nokia World bertempat di Abu Dhabi. Tablet yang berukuran 10.1 inci ini digelar sebagai Nokia Lumia 2520. Tablet berkenaan kelihatan sangat menarik kerana mempunyai warna luaran yang hampir sama seperti yang terdapat pada telefon Nokia Lumia yang lain. Apa yang menjadi Lumia 2520 amat unik adalah sarung untuk tablet berkenaan. Sekilas pandang, ia akan kelihatan seperti sebuah komputer riba yang nipis.

    Sarung untuk tablet ini diberi nama Nokia Power Keyboard dan ia membenarkan pengguna untuk menambahkan jangka hayat bateri Lumia 2520 sehingga lima kali ganda. Menariknya, sarung ini juga mempunyai dua port USB bagi memudahkan perkongsian data di kalangan penggunanya.


    Nokia Lumia 2520 bakal dijual pada suku keempat tahun 2013 bermula di Amerika, United Kingdom dan Finland. Harga jualannya pula dijangka mencecah USD499 (RM1,582) - tidak termasuk sarung dan cukai. Nokia Power Keyboard akan dijual pada harga USD149 (RM472) secara berasingan.

    Berikut adalah sebahagian daripada spesifikasi yang terdapat pada tablet berkenaan:
    • Sistem operasi : Windows RT 8.1
    • Paparan skrin : 10.1" 1080p HD AH-IPS, Gorilla Glass 2
    • Kamera : 6.7MP Auto Fokus dengan optikal ZEISS (Belakang), 2MP HD (Hadapan)
    • Rakaman video : Video 1080p@60fps
    • Sambungan Internet : 4G LTE
    • GPS : Nokia HERE
    • Aplikasi tambahan : Microsoft Office (Percuma)
    • Cip pemprosesan : Qualcomm Snapdragon 800 (2.2GHz Empat Teras)
    • Bateri : 8000 mAh (pengecasan pantas - 80% bateri dicas dalam masa 1 jam)
    • Warna : Merah, Putih, Cyan (biru muda) dan Hitam

    Sumber informasi : Engadget
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain