• Nokia perkenalkan Lumia 1520 dan Lumia 1320


    24 Oktober 2013 - Demam pengenalan gajet baru dihujung bulan Oktober nampaknya semakin menjadi-jadi apabila Nokia memperkenalkan dua buah telefon pintar terbaru iaitu Lumia 1520 dan Lumia 1320. Kedua-dua telefon berkenaan yang juga boleh dikatakan sebagai sebuah phablet (telefon + tablet) yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 8 seperti ahli keluarga yang lain. Lumia 1520 dan 1320 mempunyai skrin sebesar 6 inci namun dibezakan dengan paparan 1080p dan 720p.

    Nokia Lumia 1520



    Lumia 1520 merupakan sebuah tablet yang memiliki kamera 20 megapiksel dengan teknologi PureView bersama penstabilan imej (OIS). Ia akan didatangkan dalam 4 pilihan warna berlainan iaitu kuning, merah, putih dan hitam. Berikut adalah spesifikasi untuk Lumia 1520:
    • Skrin : 6″ Definasi Tinggi (HD) 1080p LCD, ClearBlack, Gorilla Glass 2
    • Kamera : PureView 20 MP, Optikal ZEISS, OIS, dua LED flash
    • Rakaman Video : 1080p @ 30 fps video Definasi Tinggi (HD) dengan sistem penstabilan imej
    • Sambungan Internet : 4G LTE
    • Aplikasi : Nokia Music, Nokia HERE, Microsoft Office
    • Cip pemprosesan : Qualcomm Snapdragon 800 (2.2GHz empat teras)Bateri : 3400 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar

    Nokia Lumia 1320

    Lumia 1320 pula ada phablet mampu milik yang hampir menyerupai sebuah Lumia 1520 namun dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia juga didatangkan 4 warna yang berlainan iaitu hitam, putih, kuning dan oren. Perbezaan utama yang boleh dilihat pada Lumia 1320 adalah sensor kameranya. Ia menggunakan kamera 5 megapiksel sahaja tanpa sebarang teknologi PureView. Telefon ini juga hanya menggunakan cip pemprosesan dua teras Qualcomm Snapdragon 400. Namun tidak perlu dirisaukan, kerana seperti kebanyakkan telefon Windows Phone yang lain, pengguna tidak akan merasai sebarang kelambatan (lag) ketika menggunakannya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain