• Nokia sedang membangunkan teknologi jam tangan pintar versi Lumia


    4 Oktober 2013 - Dua buah gambar telah pun disebarkan oleh CtechCN yang menunjukkan rekaan sebuah jam tangan tanpa tali dengan penjenamaan Nokia. Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan ia merupakan sebuah prototaip bagi jam tangan pintar versi Lumia yang bakal diperkenalkan oleh Nokia tidak lama lagi. Sayang sekali hanya sebahagian kecil pada gajet berkenaan yang ditunjukkan di dalam kedua-dua gambar ini. Namun berdasarkan gambar yang ada, jam tangan ini dijangka menggunakan binaan badan poly-carbonate.

    Persaingan untuk menghasilkan teknologi yang boleh dipakai di badan pengguna kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini terutamanya setelah Sony memperkenalkan Sony Smartwatch dan Samsung dengan Galaxy Gear. Adakah jam tangan pintar daripada Nokia bakal mempunyai ciri-ciri seumpama pada jam tangan pintar yang sedia ada, ataupun mereka bakal memperkenalkan fungsi yang baru dan lebih praktikal untuk para pengguna.


    Sumber informasi dan gambar : CtechCN
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain