• Pelan Internet Altel hadir dalam bentuk pra bayar


    21 Oktober 2013 - Altel Communication Sdn Bhd (Altel) merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terbaru di Malaysia yang menawarkan pelan panggilan, SMS serta Internet mudah alih kepada pelanggan. Ia merupakan sebuah syarikat yang bernaung di bawah Yayasan Albukhairy dan bermula beroperasi sejak bulan Julai 2013 yang lalu. Walaupun ia merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang baru, Altel merupakan salah satu syarikat yang menawarkan sambungan Internet 4G LTE kepada pengguna dalam bentuk pra bayar. Berikut adalah dua pelan pra bayar Internet yang diperkenalkan kepada pengguna oleh Altel:


    Berdasarkan pada informasi di atas, pelan Internet daripada Altel terbahagi kepada dua jenis iaitu pelan mingguan (RM15) dan bulanan (RM48). Setiap satu pelan disajikan dengan kuota Internet yang berlainan. Oleh keran itu, sekiranya anda adalah seorang pengguna Internet yang tegar, pelan bulanan adalah lebih menjimatkan berbanding pelan mingguan. 

    Sebagai permulaan, pengguna perlu mendapatkan sim kad Altel pada harga RM7 seunit di pengedar Altel yang berdekatan. Tambah nilai boleh dilakukan melalui pengedar mahupun di kedai-kedai serbaguna terpilih dan perbankan Internet. Pelan pra bayar Internet ini perlu dilanggan secara manual oleh pengguna dengan menghantar kod SMS seperti yang tertera di atas.

    Sayang sekali pihak Altel tidak meletakkan senarai kawasan yang dirangkumi oleh sambungan Internet 4G LTE daripada Altel.

    Sumber informasi : Altel
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain