• Promosi Internet DiGi pada harga serendah RM10 untuk 500MB


    2 Oktober 2013 - DiGi telah memperkenalkan harga promosi terbaru untuk pelan pra-bayar Internet, DG Prepaid Broadband pada harga serendah RM10 untuk pek permulaan. Pada harga RM10, pengguna akan dapat menggunakan Internet selama 25 hari dengan kuota data 500MB sahaja. Promosi ini hanya terhad daripada 1 Oktober sehingga 31 Disember 2013.

    Sekirnya tempoh penggunaan 25 hari telah tamat, pengguna boleh memilih untuk menambah nilai bergantung kepada kehendak mereka. Berikut adalah perincian bagi setiap tambah nilai untuk DG Prepaid Broaband:


    Promosi terbaru DiGi ini nampaknya amat bersesuaian buat mereka yang ingin menggunakan Internet untuk jangka masa yang pendek di Malaysia seperti pelancong asing. Perlu diingatkan pelan berharga RM10 ini tidak termasuk modem. Sekiranya pengguna ingin memerlukannya, pengguna boleh mendapatkan pelan yang berlainan pada harga RM99.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain