• Samsung Galaxy Express 2 mempunyai sokongan NFC dan LTE


    25 Oktober 2013 - Samsung meneruskan strategi mereka untuk mendominasi dunia telefon pintar dengan memperkenalkan sebuah telefon pintar terbaru bernama Samsung Galaxy Express 2. Ia merupakan sebuah telefon pintar berbajet sederhana di mana menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 400 dan 1.5GB RAM. Rupa luarannya kelihatan hampir sama dengan kebanyakkan telefon Samsung yang lain.


    Telefon berukuran 4.5 inci dengan paparan qHD ini mempunyai resolusi sebesar 540 x 960 piksel. Storan dalamannya pula adalah sebesar 8GB sahaja namun tetap boleh dipertingkatkan dengan bantuan kad microSD. Menariknya Galaxy Express 2 mempunyai sokongan NFC di samping mampu menggunakan sambungan LTE untuk Internet. Secara kasarnya, spesifikasi telefon ini amat mirip kepada sebuah Samsung Galaxy S4 mini namun dibezakan dengan saiz skrinnya. Ia bakal menggunakan Android 4.2 Jellybean dengan tambahan Samsung TouchWiz. Aplikasi yang turut didatangkan bersama-sama adalah S Translator, S Travel, Story Album dan Smart Play.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain