• Samsung Galaxy Round - Nama rasmi telefon pintar skrin melengkung


    9 Oktober 2013 - Nampaknya setelah beberapa jam selepas gambar telefon pintar skrin melengkung Samsung tersebar di @evleaks, Samsung telah mengesahkan akan melancarkan telefon berkenaan seawal hari esok. Telefon ini akan dikenali sebagai Samsung Galaxy Round oleh kerana bentuknya skrin yang melengkung. 


    Dari segi spesifikasi, Galaxy Round menggunakan skrin melengkung 5.7 inci OLED dengan paparan 1080p. Rekaan skrin melengkung bukanlah hanya rupa luaran semata-mata kerana sekiranya telefon berkenaan disengetkan dari bahagian sisi, ia akan menunjukkan notifikasi yang belum dibaca, status bateri, dan banyak lagi. Ia hampir menyerupai fungsi yang terdapat pada Nokia Glance (kemaskini Amber). 


    Galaxy Round memiliki ketebalan 7.9mm dengan keberatan 154 gram, lebih ringan berbanding Galaxy Note 3. Ia bakal menggunakan Android 4.3 dengan cip pemprosesan empat teras 2.3GHz dan 3GB RAM. Kamera dengan sensor 13 megapiksel juga dipadankan dengan bateri berkapasiti 2,800 mAh. Warna pertama yang diperkenalkan oleh Samsung untuk telefon berkenaan adalah 'Luxury Brown'.

    Sumber informasi : CNET
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain