• Sekitar penjualan iPhone 5S dan 5C di Switch, The Mines


    31 Oktober 2013 - Bermula pada hari ini, pengguna di Malaysia sudah boleh mendapatkan iPhone 5S dan 5C secara rasminya di semua kedai penjual rasmi Apple. Kebanyakkan kedai seperti Switch, Machines dan Mac City telah membuka pintu kedai mereka seawal jam 10 pagi untuk para pelanggan mereka. Menariknya, terdapat beberapa pengguna yang sanggup beratur dengan lebih awal untuk memastikan mereka berjaya membeli iPhone yang diimpikan. Ada yang menunggu sejak malam semalam. Buat masa ini iPhone 5S Emas kian menjadi pilihan ramai dan laris di pasaran. Beberapa kedai seperti Switch, The Mines Shopping Centre telah mengumumkan kehabisan stok bagi iPhone 5S jenis berkenaan. Kami sempat hadir ke kedai Switch berkenaan untuk menangkap gambar dan merasai pengalaman beratur untuk mendapatkan sebuah iPhone terbaru.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain