• Spesifikasi Nexus 5 - Benar atau Palsu?


    8 Oktober 2013 - Antara telefon pintar yang dinanti-nantikan untuk tahun ini adalah Nexus 5 yang bakal dihasilkan oleh Google dengan kerjasama bersama LG. Menariknya, manual telefon pintar berkenaan telah pun tersebar di Internet oleh laman blog Android Police, di mana ia menunjukkan spesifikasi Nexus 5 tersebut. Berdasarkan informasi yang dikongsikan, Nexus terbaru ini bakal mempunyai:
    • Paparan 4.95 inci 1080p (IPS TFT)
    • Storan dalaman 32GB dan 16GB
    • RAM 2GB
    • Cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz
    • Kamera 8MP OIS dan 1.3MP kamera hadapan
    • Bateri 2,300 mAh
    • Sokongan MicroSD
    • Pengecasan tanpa wayar
    • NFC
    • Bluetooth 3.0
    • Sokongan sambungan LTE

    Walau bagaimanapun, LG telah meminta laman blog berkenaan untuk menghentikan perkongsian manual berkenaan atas sebab-sebab tertentu. Buat masa ini spesifikasi yang dikongsikan di atas hanyalah setakat khabar angin sahaja. Namun sekiranya anda seorang peminat produk Google Nexus, adakah anda akan teruja apabila melihat spesifikasi Nexus 5 ini?

    Sumber informasi : Android Police, Gizmodo
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain