• Switch Malaysia tawarkan bayaran ansuran untuk iPhone 5S dan iPhone 5C


    26 Oktober 2013 - Bermula pada 31 Oktober ini, Switch Malaysia akan menjual iPhone 5S dan iPhone 5C kepada seluruh pengguna di Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum, harga bagi iPhone-iPhone berkenaan sudah pun diumumkan secara rasmi iaitu bermula pada RM2,399 bagi sebuah iPhone 5S (16GB) manakala RM1,999 bagi sebuah iPhone 5C (16GB). Bagi yang ingin membeli iPhone terbaru ini, anda juga boleh memilikinya dengan bayaran secara ansuran 12 bulan yang ditawarkan oleh Switch. Perlu diingatkan pengguna juga akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% daripada harga iPhone sekiranya pembelian ansuran ini dibuat. Harga bayaran bulanan bagi sebuah iPhone 5S (16GB) adalah RM208 manakala iPhone 5C (16GB) adalah RM173. Switch akan mula menjual iPhone terbaru ini seawal jam 10 pagi pada tarikh 31 Oktober berkenaan. Dijangkakan bakal terdapat peminat setia Apple yang akan beratur untuk memilikinya.

    Maklumat lanjut : Facebook Switch Malaysia
    Gambar diambil daripada Switch cawangan Mines.

    Kemaskini tambahan: Switch Malaysia telah memberitahu kami bahawa tawaran pelan ansuran ini akan boleh didapati di semua kedai Switch di seluruh Malaysia. Malah, iPhone 4S juga bakal boleh dimiliki melalui pelan ansuran namun buat masa ini stok adalah terhad. Mereka akan menumpukan pada penjualan iPhone 5S dan 5C.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain