• 1 juta PlayStation 4 dijual dalam masa 24 jam


    18 November 2013 - Sony telah melaporkan jumlah jualan PlayStation 4 sebanyak 1 juta unit hanya dalam masa 24 jam baru-baru ini. Jualan ini telah diambil daripada dua buah negara iaitu Amerika dan Kanada. Kedua-dua negara berkenaan merupakan negara yang pertama menerima PlayStation 4 pada hari Jumaat yang lalu. Pihak Sony menjangkakan jualan PlayStation 4 bakal terus meningkat dengan mendadak terutama apabila pasaran konsol berkenaan akan mula dibuka kepada pengguna di Eropah, Australia, dan Asia. Buat masa ini, PlayStation 4 merupakan konsol permainan Sony yang paling cepat laris mengalahkan permintaan PlayStation 2 sebelum ini.

    Di Malaysia, PlayStation 4 bakal mula dijual pada 20 November ini pada harga RM1,799 seunit. Walau bagaimanapun, ramai pengguna di negara ini tidak berpuas hati dengan harga yang diperkenalkan kerana jauh lebih mahal berbanding harga di negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Jepun. Terdapat kemungkinan besar mereka akan cuba membeli konsol berkenaan dari Singapura kerana harga yang lebih rendah dan jaminan (warranty) yang boleh dituntut di Sony Malaysia.


    Sony Malaysia turut memulakan tempahan awal untuk PlayStation 4 di Sony Store, KLCC dan The Curve. Tempahan telah boleh dilakukan bermula 15 November sehingga 13 Disember 2013. Menariknya, Sony Malaysia juga menawarkan pelan bayaran bulanan tanpa cengkeram selama 12 bulan. Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman web Sony di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain