• Aplikasi PlayStation®App untuk pengguna iOS dan Android


    14 November 2013 - Sony telah memperkenalkan aplikasi PlayStation®App khas untuk pengguna iOS dan Android bagi memudahkan mereka mengakses akaun PlayStation Network melalui telefon pintar dan tablet. Ini bermakna, walaupun pengguna berjauhan daripada PlayStation 4, mereka tetap boleh melihat bilangan trofi sesama rakan-rakan, mengetahui permainan apakah yang sedang dimainkan oleh mereka, berbual melalui mesej serta menerima notifikasi daripada permainan PlayStation 4. Menariknya, pengguna juga boleh melihat senarai permainan PlayStation 4 melalui PlayStation®App dan membelinya secara terus. Telefon pintar dan tablet juga boleh dijadikan sebagai papan kekunci maya buat PlayStation 4 bagi memudahkan pengguna menaip perkataan mahupun kata laluan.



    Aplikasi ini menyokong iOS versi 6.0 ke atas dan Android versi 4.0 ke atas. Konsol PlayStation 4 akan dijual di Amerika Syarikat bermula 15 November ini, diikuti dengan Australia dan Eropah pada 29 November. Pada bulan Disember, pengguna di Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Afrika Selatan pula akan berpeluang untuk memiliki konsol yang dinantikan ramai ini.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain