• Asus Transformer Book Trio didatangkan dengan Android dan Windows 8



    29 November 2013 - Asus sememangnya amat terkenal dalam menghasilkan peranti pintar yang digabungkan menjadi satu seperti Asus Padfone. Terbaru, Asus telah memperkenalkan Transformer Book Trio di mana ia memiliki dua sistem operasi utama iaitu Windows 8 dan juga Android. Peranti ini juga boleh dipisahkan bahagian skrin dan papan kekuncinya mengikut kehendak pengguna. Apabila dipisahkan, skrinnya bakal menjadi sebuah tablet Android. Menariknya, papan kekunci Transformer Book Trio ini juga boleh berfungsi walaupun setelah ia dipisahkan daripada skrinnya. Pengguna hanya perlu menyambungkan papan kekunci berkenaan kepada skrin monitor yang lain dan ia akan bertindak seperti sebuah komputer Windows 8. Bahagian skrin (tablet) peranti ini menyimpan sistem operasi Android manakala bahagian papan kekuncinya menyimpan sistem operasi Windows 8. Untuk beralih kepada Android ke Windows 8 atau Windows 8 ke Android, pengguna hanya perlu menekan butang khas yang terdapat pada papan kekuncinya.


    Dari segi spesifikasi, Asus Transformer Book Trio mempunya dua cip pemprosesan yang berlainan di bahagian skrin dan juga papan kekunci. Bahagian skrin menggunakan cip Intel Atom Z2560 (1.6GHz) manakala bahagian papan kekuncinya pula boleh dipilih jenis cip pemprosesannya iaitu antara Intel Core i7 ataupun i5. RAM bagi peranti ini juga berasingan iaitu 4GB (papan kekunci) dan 2GB (skrin). Skrinnya berukuran 11.6 inci dengan definisi tinggi di samping menggunakan teknologi IPS. 

    Terdapat dua harga yang berlainan bagi Asus Transformer Book Trio ini di mana yang didatangkan dengan cip i7 dijual pada harga RM4,099 manakala cip i5 dijual pada harga RM3,799.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain