• BBM akan didatangkan sedia ada bersama beberapa peranti Android



    28 November 2013 - BlackBerry telah mengumumkan akan terdapat beberapa buah peranti Android yang bakal didatangkan bersama aplikasi BBM secara automatik dengan setiap pembelian baru. Ini bermakna pengguna peranti Android berkenaan tidak perlu memuat turun aplikasi BBM daripada Google Play Store kerana ia telah sedia ada di dalam peranti berkenaan. Langkah drastik yang diperkenalkan oleh BlackBerry sudah semestinya bagi memastikan aplikasi BBM terus digunakan dan dapat menawan hati pengguna yang baru.


    Bermula bulan Disember ini, beberapa peranti Android di negara terpilih iaitu Indonesia, Afrika, India, Amerika Latin dan Timur Tengah akan mula melaksanakan kempen berkenaan. Negara-negara ini dipilih berdasarkan statistik penggunaan BBM di negara berkenaan. Persoalannya adakah tindakan BlackBerry ini mampu menaikkan semula BBM di dunia permesejan dalam talian? Kita sedia maklum bahawa Whatsapp merupakan aplikasi permesejan yang mempunyai kadar pengguna tertinggi dan diikuti oleh beberapa aplikasi lain seperti WeChat, KakaoTalk, ChatOn, Skype, Line dan sebagainya. Terdapat kemungkinan juga BlackBerry akan cuba melaksanakan perkara yang sama ke atas iPhone. Namun adakah ia akan diluluskan oleh pihak Apple yang mempunyai aplikasi permesejan mereka sendiri iaitu iMessage? 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain