• CEO Samsung berjanji akan memperkenalkan telefon boleh lentur sepenuhnya pada 2015

    6 November 2013 - Kegilaan pengeluar telefon pintar masa kini terhadap telefon pintar yang boleh dilenturkan skrinnya kian menjadi-jadi. Terkini, Ketua Pegawai Pengurusan (CEO) Samsung telah menyatakan janjinya untuk memperkenalkan kepada dunia telefon boleh lentur dengan sepenuhnya pada tahun 2015. Beliau juga bersetuju bahawa masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki pada jam tangan pintar pertama Samsung, Galaxy Gear. Sebelum ini, banyak pihak yang menjangkakan jam tangan berkenaan bakal menggunakan teknologi skrin melengkung hasil kajian Samsung sebelum ini. Namun, tanggapan mereka ternyata salah kerana Galaxy Gear tetap menggunakan skrin yang rata dan tidak fleksibel.

    Teknologi skrin fleksibel dijangka bakal menjadi popular pada tahun hadapan di mana LG juga telah memulakan langkah dengan memperkenalkan telefon pintar G Flex. Penggunaan skrin yang boleh lentur dan fleksibel sangat penting dalam teknologi gajet kerana ia bakal memberikan jalan untuk membina gajet yang boleh dipakai pada bahagian badan manusia.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain