• Elphone P7 - Telefon Android cip empat teras termurah?


    12 November 2013 - Lambakan telefon pintar berasaskan sistem operasi Android kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutamanya setelah syarikat pengeluar daripada China dan Taiwan mula menghasilkan telefon pintar bagi menarik minat lebih ramai pengguna. Telefon-telefon yang terbaru ini kelihatan seolah-olah sama antara satu sama lain. Oleh kerana itu, pengguna mula menggunakan harga sebagai salah satu faktor utama dalam pemilihan sesebuah telefon Android. Sebuah telefon pintar bernama Elephone P7 seakan-akan menyahut seruan itu kerana ia dijual pada harga serendah USD100 (RM321).

    Walaupun harganya yang rendah, ia memiliki spesifikasi yang tidak kurang hebatnya. Ia dijanakan dengan cip pemprosesan empat teras dengan skrin 5.5 inci bersama sistem operasi Android 4.2.2 terkini. Berlainan dengan kebanyakkan telefon masa kini, Elephone P7 menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6582 dengan RAM sebanyak 1GB sahaja. Telefon ini juga mempunyai kamera 5MP di bahagian belakang dan 2MP di bahagian hadapan.

    Tiada sebarang informasi berkenaan saiz storan dalaman bagi telefon ini namun ia dijangkakan boleh menyokong kad microSD. Sayangnya harga promosi USD100 hanya terhad  untuk 500 unit sahaja dan 200 unit daripadanya akan dijual di seluruh dunia. Selepas itu, telefon ini bakal dijual pada harga USD140. Ia masih lagi murah dan mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain