• Instagram kini boleh dimuat turun pengguna Windows Phone

    21 November 2013 - Akhirnya tamatlah sudah penantian pengguna Windows Phone di seluruh dunia apabila aplikasi rasmi Instagram telah pun muncul di dalam Windows Phone Store. Walaupun masih di dalam format Beta, penerimaan daripada pengguna adalah sangat menggalakkan di mana aplikasi berkenaan menerima 350 pandangan yang baik dalam masa kurang daripada 24 jam. Aplikasi Instagram untuk Windows Phone ini memiliki ciri-ciri yang hampir sama seperti aplikasinya di dalam Android mahupun iOS dengan menampilkan efek gambar percuma seperti XPro-II, EarlyBird, Rise, Amaro, Hudson, Lo-fi, Sutro, Toaster, Brannan, Inkwell dan banyak lagi. Aplikasi ini turut menyokong format video yang baru diperkenalkan oleh Instagram.

    Dengan adanya aplikasi rasmi Instagram buat pengguna Windows Phone, dijangkakan Microsoft akan memulakan proses mengeluarkan aplikasi Instagram yang tidak rasmi kelak. Pengguna boleh memuat turun aplikasi Instagram Beta secara percuma di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain