• Moto G daripada Motorola bakal diperkenalkan pada 13 November

    4 November 2013 - Motorola kian aktif menghasilkan telefon pintar berasaskan Android sejak dibeli oleh Google. Pada 13 November ini, mereka bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar yang diberi nama Moto G. Ia bakal dilancarkan secara besar-besaran termasuk mengadakan siaran secara langsung di Internet. Buat masa ini, Motorola tidak memberikan sebarang informasi berkenaan spesfikasi mahupun rupa bentuk telefon ini.

    Walau bagaimanapun, terdapat sebuah gambar yang telah disebarkan oleh @Evleaks yang menunjukkan rupa Moto G ini. Mereka juga telah mengatakan ia bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon S4 Pro (1.5GHz x 4), skrin bersaiz 4.7 inci dengan paparan 720p, storan dalaman yang boleh dipilih antara 8GB atau 16GB, kamera 8 megapiksel, serta dengan bateri 1,950 mAh.

    Sejauh mana kebenaran khabar angin ini akan diketahui pada 13 November ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain