• Neptune Pine - Jam tangan pintar sebenar tanpa bantuan telefon pintar


    23 November 2013 - Lambakan teknologi jam tangan pintar yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia sudah sememangnya akan mengelirukan keputusan pengguna. Malah bukan sahaja syarikat pengeluar telefon pintar yang berminat menghasilkan jam tangan pintar, bahkan syarikat pengeluar kereta serta peralatan sukan telah mula berkecimpung di dalam arena teknologi ini. Persoalannya adakah jam-jam tangan pintar ini benar-benar dapat membantu pengguna di dalam kehidupan seharian?


    Memandangkan kebanyakkan jam tangan pintar hanya boleh beroperasi dengan sepenuhnya sekiranya ia dihubungkan kepada peranti pintar yang lain melalui Bluetooh, sebuah kumpulan bernama Neptune telah cuba memperkenalkan Neptune Pine di Kickstarter. Jam tangan pintar mereka berkebolehan untuk beroperasi secara individu tanpa sokongan sebuah peranti pintar yang lain. Ini bermakna ia boleh menerima panggilan suara dam video, menghantar dan menerima mesej, menangkap gambar dan video, melayari Internet serta menggunakan sokongan GPS. Neptune Pine menyokong kad SIM mikro di samping menggunakan sistem operasi Android sebagai asasnya.


    Kamera sebesar 5 megapiksel juga diletakkan di bahagian belakang. Jam tangan pintar ini boleh ditanggalkan dengan mudah serta boleh dijadikan sebagai kamera mini seperti sebuah kamera GoPro. Walaupun begitu, oleh kerana hampir kesemua fungsi utama telefon pintar telah dimasukkan ke dalam Neptune Pine, saiz jam tangan pintar ini kelihatan agak besar berbanding jam tangan pintar yang lain. Mungkinkah Apple dan Samsung akan menyahut baik konsep dan idea daripada Neptune ini dan mengasimilasikannya pada peranti mereka di masa akan datang?

    Kickstarter - Neptune Pine

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain