• Nike+ Move memanipulasikan cip pemprosesan kedua iPhone 5S


    7 November 2013 - Sekiranya anda sudah memiliki sebuah iPhone 5S, anda mungkin berminat untuk memuat turun aplikasi Nike+ Move kerana ia membolehkan anda merekod aktiviti-aktiviti seharian seumpama sebuah Nike+ Fuelband. Aplikasi ini memanipulasikan cip pemprosesan kedua iPhone 5S, M7 dengan sepenuhnya untuk merekod kadar pergerakan pengguna kepada mata NikeFuel. Lebih banyak NikeFuel yang berjaya dikumpul setiap hari, lebih banyak kadar pembakaran kalori. Cip pemprosesan M7 digunakan bagi mengurangkan kadar pengguna bateri pada iPhone 5S di samping memberikan ketepatan dalam merekod aktiviti pengguna.



    Walau bagaimanapun, tidak seperti Nike+ Fuelband SE, aplikasi ini tidak mampu merekod kualiti tidur seseorang pengguna. Untuk menggunakannya, pengguna perlu membawa iPhone 5S ke mana-mana. Namun ia tidak bersesuaian untuk digunakan ketika melakukan aktiviti lasak seperti terjun udara, dan sukan air. Oleh kerana itu, sekiranya anda sukakan perkara yang lasak, adalah lebih dinasihatkan untuk menggunakan Nike+ Fuelband SE daripada Nike+ Move.

    Aplikasi sebesar 8.3MB ini boleh dimuat turun di iPhone 5S melalui App Store dengan percuma. Pengguna perlu membuka sebuah akaun percuma Nike+ sekiranya belum memilikinya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain