• Pengguna Windows Phone kini boleh menggunakan Waze

    21 November 2013 - Nampaknya Instagram bukanlah satu-satunya aplikasi popular yang muncul di dalam Windows Phone Store hari ini. Sebuah aplikasi navigasi popular iaitu Waze kini telah pun boleh dimuat turun ke dalam telefon Windows Phone bermula hari ini. Tidak seperti Instagram, aplikasi Waze tidak berada di dalam status Beta. Menurut Waze, mereka kini mempunyai lebih daripada 60 juta pengguna yang aktif dalam memberikan laporan serta kemaskini semasa keadaan lalu lintas di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, Waze boleh dikatakan sebagai aplikasi navigasi paling digemari kerana ia mempercepatkan perjalanan di samping menunjukkan arah ke destinasi dengan tepat.

    Aplikasi bersaiz 27MB ini juga boleh didapati di dalam sistem operasi iOS dan Android. Ia menunjukkan panduan perjalanan secara turn-by-turn yang turut menampilkan bahasa Melayu sebagai jurusuaranya. Nampaknya kita bakal melihat persaingan hebat antara sistem navigasi Nokia Maps dan Google Waze di dalam Windows Phone. Pengguna telefon Windows Phone boleh memuat turun aplikasi berkenaan di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain