• Samsung tampil dengan Galaxy Grand 2

    27 November 2013 - Walaupun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak tentang strategi penjenamaan produk mereka, Samsung masih lagi berkeras hati untuk menghasilkan lebih banyak telefon pintar berasaskan Android dalam pelbagai saiz serta nama. Terkini, mereka telah memperkenalkan Samsung Galaxy Grand 2 iaitu sebuah telefon pintar bersaiz 5.2 inci dengan spesifikasi sederhana. Telefon ini merupakan inovasi daripada Samsung Galaxy Grand versi pertama dan dikeluarkan pagi memenuhi permintaan pengguna yang tidak mampu untuk memiliki Galaxy Note 3.

    Samsung Galaxy Grand 2 mempunyai cip pemprosesan empay teras 1.2GHz dengan RAM 1.5GB. Skrinnya beresolusi 1280x720 dan digandingkan dengan bateri berkapasiti 2,600mAh. Storan dalamannya pula adalah sebesar 8GB namun boleh ditingkatkan melalui sokongan kad microSD. Pengguna akan dapatkan menggunakan Android 4.3 Jellybean namun tiada sebarang informasi sama ia bakal menerima kemaskini Android 4.4 KitKat. Dari segi kamera, ia menggunakan sensor 8MP. Samsung juga menyediakan kemudahan antaramuka TouchWiz beserta beberapa aplikasi tambahan seperti S-Translate, S-Travel, dan Samsung Hub. Menariknya ia juga menyokong dwi kad SIM di samping didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah jambu.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain