• Telefon Jolla akan hadir dengan aplikasi Android dan Nokia HERE


    13 November 2013 - Sailfish OS merupakan salah satu sistem operasi mudah alih yang dinanti-nantikan pengguna terutamanya mereka yang meminati MeeGo dan Nokia. Kebanyakkan tenaga utama di dalam Jolla (pengeluar Sailfish OS) juga merupakan bekas pekerja Nokia yang pernah membina sistem operasi MeeGo sebelum ini. Menurut kenyataan media daripada syarikat berkenaan, telefon pintar daripada Jolla bakal boleh memuat turun aplikasi Android dengan mudah melalui Yandex.Store, iaitu sebuah kedai aplikasi seumpama Google Play Store khas untuk pengguna Sailfish OS. Bukan itu sahaja, pengguna Jolla juga boleh menggunakan sistem pemetaan popular Nokia iaitu HERE.

    Kerjasama telah pun terjalin antara Nokia dan Jolla untuk membawakan Nokia HERE ke dalam Sailfish OS. Ini membolehkan penggunanya melihat peta daripada 190 buah negara termasuk informasi berkaitan hotel, restoran, dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, pihak Jolla tidak mengumumkan sama ada mereka akan menyokong sistem gps dengan sokongan turn-by-turn.

    Yandex.Store pula merupakan kedai aplikasi Android buat pengguna Sailfish OS. Ia merupakan hasil kerjasama antara Jolla dan Myriad AG. Buat masa ini, terdapat 85,000 buah aplikasi Android dalam 17 kategori yang terdapat di dalam kedai aplikasi berkenaan. Aplikasi seumpama Facebook, Twitter, Viber, Foursquare, Skype, dan WeChat akan boleh dimuat turun oleh pengguna Sailfish OS dengan mudah. Yandex.Store juga menawarkan pembelian dari dalam aplikasi. Walaupun sudah memiliki Yandex.Store untuk aplikasi Android, Sailfish OS juga mempunyai kedai aplikasinya sendiri iaitu Jolla Store. Mereka menggalakan lebih banyak pembangun aplikasi untuk menghasilkan aplikasi dengan SDK Sailfish. Fail SDK ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pembangun. Maklumat lanjut berkenaan pembangunan aplikasi untuk Jolla Store di harbour.jolla.com.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain