• Acer Aspire Z3-600 : Komputer tablet bersaiz 21.5 inci


    12 Disember 2013 - Pengenalan Windows 8 di kalangan pengguna sememangnya memberik impak yang besar buat pengeluar dan pengguna komputer di seluruh dunia. Ia membolehkan gabungan antara komputer dan peranti mudah alih seperti tablet disatukan dalam satu ekosistem yang serupa. Acer telah melancarkan Aspire Z3-600 yang bersaiz 21.5 inci sokongan sistem operasi Windows 8 AIO. Dari rupa luaran, peranti ini mungkin kelihatan seperti sebuah skrin bersaiz 21 inci sahaja namun ia merupakan sebuah komputer yang digabungkan di dalam satu bagi menjimatkan ruang meja pengguna. Ia dijanakan dengan cip pemprosesan empat teras Pentium J2850 dengan 4GB RAM dan storan dalaman 750GB.

    Oleh kerana ia memiliki teknologi skrin sentuh dan bateri dalaman yang mampu bertahan selama 2.5 jam, Aspire Z3-600 ini juga boleh dijadikan sebagai sebuah tablet. Mungkin ia kelihatan agak besar bagi sebuah tablet (saiz biasa untuk tablet adalah 10 inci) namun ia dijangkakan bakal menjadi kegemaran buat para pereka grafik dan arkitek untuk menunjukkan hasil karya mereka kepada klien. 


    Ini bukanlah peranti pertama yang menggunakan konsep sebegini kerana terdapat syarikat pengeluar lain juga yang telah memperkenalkan konsep yang sama seperti Sony, Lenovo dan  HP. Nampaknya komputer peribadi di meja bakal menjadi lebih kecil di masa akan datang. Mungkinkah kita bakal melihat sebuah komputer yang diintegrasikan bersama sebuah meja atau perabot di masa akan datang?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain