• [Aplikasi] Feedly memudahkan pengguna membaca RSS Feed dengan pantas


    16 Disember 2013 - Selain daripada Pulse dan Flipboard, terdapat sebuah lagi aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk membaca RSS Feed iaitu Feedly. Aplikasi ini merupakan rekaan DevHD yang boleh mengumpulkan kesemua RSS terkini daripada pelbagai sumber seperti blog, laman berita, Tumblr serta Youtube. Feedly yang bersaiz 13.5MB ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store. Berdasarkan pengalaman Drexar21 menggunakannya, aplikasi ini sememangnya amat pantas dan mudah digunakan. Ia membenarkan pengguna untuk membaca berita dan entri terkini daripada laman kegemaran mereka. Cara untuk menguruskan RSS di dalam aplikasi ini juga sangat mudah dan tersusun. Pengguna tidak perlu mencari pautan RSS sesuatu laman web berkenaan kerana Feedly boleh membantu mereka untuk mencari RSS berkenaan melalui pautan (link) web yang diberikan.


    Terdapat dua tema warna untuk Feedly iaitu hitam dan putih. Perkongsian artikel ke laman sosial dan emel juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Menariknya, pengguna boleh memilih cara susunan artikel yang ingin dibaca sama ada dalam bentuk majalah (Magazine), senarai (List), mahupun kad (Card). Aplikasi ini kian mendapat tempat di hati pengguna kerana kelancarannya di samping boleh diintegrasikan ke dalam iPhone, iPad serta komputer melalui pelayar web. Kesemua peranti-peranti ini disenggerakkan (synschronize) melalui akaun Google pengguna.



    Muat turun aplikasi Feedly di App Store.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain