• BenQ kembali ke arena penghasilan telefon pintar


    3 Disember 2013 - BenQ sebelum ini  menghasilkan telefon pintar namun telah senyap seketika berikutan sambutan yang tidak menggalakkan daripada pengguna. Namun, syarikat daripada Taiwan ini masih belum berputus asa apabila mereka memperkenalkan dua telefon pintar terbaru berasaskan Android baru-baru ini. BenQ telah memperkenalkan dua telefon pintar mampu milik dengan cip pemprosesan empat teras yang diberi nama F3 dan A3.

    BenQ F3 menggunakan cip MediaTek MT6589 manakala A3 menggunakan cip Snapdragon MSM8225Q. Terdapat juga perbezaan dari segi bateri di mana F3 mempunyai bateri berkapasiti 2,100 mAh dan A3 hanya berkapasiti 2,000 mAh sahaja. Sensor kamera F3 juga lebih besar berbanding A3 iaitu 13 megapiksel dibandingkan dengan 8 megapiksel. Selain daripada bateri, cip dan kamera, kedua-dua telefon BenQ ini memiliki spesifikasi dalaman yang hampir serupa iaitu berskrin 4.5 inci dengan paparan IPS 960 x 540, 1GB RAM, storan dalaman 4GB disertakan dengan sokongan microSD dan sensor kamera 2 megapiksel di bahagian hadapan. Buat masa ini, telefon ini hanya dipasarkan di Taiwan sahaja dan masih tiada sebarang informasi sama ada ia bakal dipasarkan ke seluruh dunia ataupun tidak.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain