• Drexar21 tercalon untuk kategori Best IT & Gadget Blog di Anugerah Blogrrr 2013


    11 Disember 2013 - Hari ini, blog Drexar21 telah termasuk di dalam senarai pendek untuk kategori Best IT & Gadget Blog di Anugerah Blogrrr 2013. Terima kasih diucapkan buat para juri yang telah memilih blog ini sebagai salah seorang calon bagi kategori berkenaan. Selain daripada blog Drexar21, blog yang juga disenarai pendek dalam kategori berkenaan adalah nama-nama blog yang besar dan terkenal seperti SoyaCincau, Osem, PCMamak, dan JomPHP.


    Blogrrr merupakan sebuah perhimpunan penulis blog di Malaysia yang terbesar di mana ia menghimpunkan ramai penulis blog terkenal di samping para pembaca blog. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada 14 Disember 2013 ini termasuklah seminar, persembahan artis, anugerah Blogrrr dan banyak lagi. Bagi yang berminat, anda boleh hadir di MIECC, The Mines pada hari Sabtu ini seawal jam 8.30 pagi.

    Berikut adalah senarai calon yang terpilih bagi kategori yang lain:











    Laman rasmi : Blogrrr
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain