• Final Fantasy 3 kini di Windows Phone

    27 Oktober 2013 - Syarikat pengeluar permainan RPG (role playing game) popular, Square Enix telah membawa masuk Final Fantasy 3 ke dalam Windows Phone Store. Permainan yang pernah dan masih menjadi kegilaan di kalangan pemain di seluruh dunia ini boleh dimainkan oleh penguna Windows Phone 8 dan juga Windows Phone 7.5. Tidak sangka Square Enix akan menyokong sistem operasi Windows Phone yang lama terutama apabila semua pembangun aplikasi sedang beralih kepada Windows Phone 8.

    Final Fantasy 3 merupakan permainan RPG Square Enix yang pertama berjaya dijual berjuta di seluruh dunia. Permainan ini telah dibangunkan semula ke dalam format 3D bagi memberikan pengalaman permainan yang lebih seronok terutamanya buat pengguna telefon pintar. Di dalam permainan ini, pemain boleh menukar pekerjaan bila-bila masa dan memanggil bantuan raksasa seperti Shiva dan Bahamut.

    Sebelum ini, Final Fantasy 3 hanya boleh dimainkan oleh pengguna iOS dan Android sahaja. Ternyata aplikasi-aplikasi baru dan popular kian bertambah di dalam ekosistem Windows Phone akibat penambahan bilangan pengguna sistem operasi itu di seluruh dunia. Dijangkakan aplikasi di dalam Windows Phone bakal menerima kemaskini seawal iOS dan Android dalam masa terdekat ini dan ia adalah suatu berita gembira untuk penggemar koleksi Windows Phone seperti Lumia.

    Muat turun aplikasi Final Fantasy 3

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain