• Fitbit bakal menyokong Windows Phone 8

    30 Disember 2013 - Peranti kesihatan popular, Fitbit, dijangka bakal boleh digunakan oleh pengguna Windows Phone pada tahun depan. Ini berikutan iklan pencarian seorang pengurus projek Windows Phone yang dikeluarkan oleh Fitbit baru-baru ini. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada iklan ini, Fitbit sedang mencari seorang yang mampu menguruskan aplikasi Fitbit untuk Windows Phone dan Windows 8 di samping mengetuai projek Fitbit di dalam sistem operasi berkenaan. Sebelum ini, Fitbit hanya boleh diselaraskan bersama produk iOS dan Android sahaja. Antara peranti Fitbit yang popular adalah Fitbit Force dan Fitbit Flex.

    Penambahan syarikat pengeluar yang menyokong sistem operasi Windows Phone sudah tentunya menjadi berita baik buat penggunanya dan Microsoft sendiri. Ia menunjukkan sistem operasi berkenaan mula diterima oleh semua pihak dan akan terus berkembang dan menjadi pesaing terbaru buat iOS dan Android di masa akan datang.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain