• Instagram Direct : Perkongsian gambar dan video khas buat rakan-rakan


    14 Disember 2013 - Instagram sememangnya merupakan aplikasi perkongsian gambar dan klip video yang paling popular pada masa kini. Ia masih mengekalkan popularitinya walaupun terdapat pelbagai persaingan daripada aplikasi lain seperti KeeK dan Flickr. Bagi memastikan mereka kekal di hati para pengguna telefon pintar, aplikasi di bawah naungan Facebook ini telah memperkenalkan Instagram Direct. Ia merupakan fungsi tambahan yang terdapat di dalam aplikasi itu sendiri di mana pengguna berupaya mengongsikan gambar atau klip video yang telah diambil kepada individu-individu tertentu sahaja. Fungsi Instagram Direct ini adalah seumpama fungsi sebuah mesej peribadi. Ini bermakna gambar dan klip video berkenaan tidak akan boleh dilihat oleh pengikut Instagram pengguna berkenaan.

    Cara penggunaan Instagram Direct ini juga amat mudah. Pengguna akan diberikan pilihan sama ada ditujukan kepada pengikut ataupun individu tertentu ketika proses perkongsian gambar dan klip video dilakukan. Setelah gambar dikongsikan kepada individu-individu terpilih, pengguna akan dapat mengetahui siapakah yang telah melihat gambar dan klip video berkenaan. Malah kesemua individu yang dipilih boleh menghantar komen ke atas entri berkenaan. Ia seumpama sebuah ruangan diskusi kecil di Instagram.

    Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun Instagram terkini di Google Play Store atau iOS App Store. Pengguna Windows Phone 8 masih perlu menunggu kerana aplikasi Instagram berkenaan masih diperingkat Beta.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain