• iOS 7 kini boleh di JailBreak


    23 Disember 2013 - Sekiranya anda adalah pengguna iOS versi JailBreak, anda pasti bergembira dengan kemunculan JailBreak untuk iOS 7 daripada evad3rs. Kumpulan penggodam ini memanggil JailBreak ini sebagai evasi0n7 dan boleh digunakan oleh pengguna iPhone, iPod Touch, iPad dan iPad Mini. Versi iOS yang boleh menggunakan JailBreak ini adalah versi iOS 7.0 sehingga iOS 7.0.4. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan aplikasi Cydia masih belum dikemaskini untuk iOS 7 kerana masih di peringkat pengujian. Ini bermakna utiliti dan fungsi tambahan yang terdapat di dalam Cydia masih belum boleh dipasang ke dalam peranti iOS anda.

    Bagi yang berminat untuk mencuba JailBreak iOS 7 versi evasi0n7, anda boleh melayari laman web mereka di sini untuk mendapatkan langkah-langkah serta tutorial pemasangannya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain