• iOS yang diintegrasikan ke dalam pemain multimedia kereta bakal muncul pada 2014


    15 Disember 2013 - Bayangkan sekiranya anda dapat mengintegrasikan iPhone dengan pemain multimedia kenderaan tanpa sambungan sebarang wayar. Malah bukan itu sahaja, pemain berkenaan juga boleh menggunakan antaramuka iOS. Itulah konsep yang cuba diperkenalkan oleh Apple tidak lama lagi pada iOS 7.1. Pengguna akan berupaya menyambungkan iPhone mereka dengan mudah kepada pemain multimedia kenderaan melalui AirPlay sahaja. Ia seumpama menggunakan Apple TV di rumah. Apabila kedua-dua peranti ini disambungkan, pengguna akan boleh melihat paparan daripada skrin iPhone pada pemain multimedia kenderaan. Ini bermakna, aplikasi seperti Waze, dan Google Maps akan boleh dimainkan.


    Kemaskini iOS 7.1 beta telah pun mula memperlihatkan beberapa antaramuka sistem sambungan terbaru ini. Ia diletakkan pada bahagian Settings>Restrictions. Menariknya, terdapat juga beberapa fungsi yang boleh dipilih pengguna seperti sambungan melalui kabel USB mahupun AirPlay. Dijangkakan pengeluar kenderaan terkemuka di seluruh dunia bakal memperkenalkan sistem berkenaan pada kenderaan mereka seawal tahun 2014. Ini termasuklah Honda, Mercedes, Ferari, Nissan, Chevrolet, Kia, Hyundai, Volvo dan Jaguar. Buat masa ini masih tiada khabar berita sama ada pengeluar kereta tempatan iaitu Proton dan Perodua akan turut serta dalam mengenalkan sistem berkenaan untuk pengguna di Malaysia.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain