• iPad Mini dengan paparan Retina kini mula dijual di Malaysia


    19 Disember 2013 - Selepas penjualan iPad Air bermula pada awal Disember yang lalu, kini tibalah giliran iPad Mini dengan paparan Retina untuk memulakan langkah pertama di Malaysia. iPad Mini versi terbaru ini boleh dibeli di kedai pengedar rasmi Apple seperti Switch dan Machines sejak 12 Disember yang lalu. Pengguna juga boleh membeli tablet berkenaan di laman web rasmi Apple Malaysia dan akan dihantar dalam masa 1 hingga 3 hari bekerja. 


    Kesemua kedai-kedai berkenaan menjual iPad Mini paparan Retina dalam dua versi iaitu WiFi dan WiFi bersama 3G/LTE. Setiap satu versi didatangkan dengan 4 pilihan storan dalaman iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan juga 128GB. Pengguna juga boleh memilih sama ada untuk memiliki warna kelabu angkasa (space grey) mahupun perak (silver).

    Persoalan yang sering diajukan adalah, adakah berbaloi untuk bertukar kepada iPad Mini dengan paparan Retina sekiranya pengguna tersebut sudah pun memiliki sebuah iPad Mini versi pertama? Pada pandangan kami, ia adalah tidak perlu kerana tidak banyak perubahan yang diperkenalkan melainkan pada teknologi paparan yang digunakan. Namun, sekiranya pengguna tersebut masih belum memiliki sebuah iPad Mini, maka disarankan untuk mereka membeli iPad Mini paparan Retina berbanding iPad Mini biasa.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain