• iPad sebesar 12.9 inci kini dalam pembikinan?

    24 Disember 2013 - Apple dilaporkan sedang menghasilkan sebuah tablet sebesar 12.9 inci dan dijangka akan mula diperkenalkan pada Oktober 2014. Ia adalah sesuatu yang menarik kerana iPad terbaru ini lebih memfokuskan kepada penggunaan di bilik darjah mahupun ketika sesi pembelajaran sedang berlaku. Saiz skrinnya yang lebih besar membolehkan pendidik menunjukkan visual atau video dengan lebih besar agar mudah difahami oleh para pelajar. Dari segi spesifikasi, ramai menjangkakan iPad ini bakal menyokong video 4K di samping memiliki saiz piksel skrin yang lebih besar. Mungkinkah ia seumpama sebuah MacBook Air dengan skrin Retina tanpa papan kekunci?

    Selain daripada itu, Apple juga dikatakan sedang sibuk menyiapkan iPhone terbaru untuk tahun hadapan di mana ia bakal memiliki skrin yang lebih besar daripada iPhone 5S dan 5 yang sedia ada. Ia mungkin menjadi Phablet (telefon pintar + tablet) pertama daripada Apple. Pada masa kini, pasaran peranti Phablet telah dikuasai oleh peranti Android khususnya Samsung melalui Galaxy Note mereka. Pihak Bloomberg meramalkan iPhone ini bakal memiliki skrin sebesar 5.5 inci. Mampukah Apple bersaing dengan Samsung di dalam kategori Phablet? Nampaknya tahun 2014 bakal menjadi tahun skrin besar bagi Apple.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain