• iWatch mungkin dilancarkan pada Oktober 2014 dengan pengecasan tanpa wayar


    14 Disember 2013 - Apple berkemungkinan akan melancarkan jam tangan pintar mereka pada penghujung tahun hadapan dengan sistem pengecasan tanpa wayar. Peminat dan peramal teknologi di seluruh dunia menggelarkan peranti ini sebagai iWatch di mana ia merujuk kepada sebuah jam tangan yang mempunyai penjenamaan Apple (huruf i). Sekiranya ramalan ini benar, ini bermakna Apple akan memperkenalkan iPhone generasi terbaru bersama iWatch ini pada bulan Oktober 2014.

    Laporan tidak rasmi mengatakan iWatch bakal memiliki bateri berkapasiti 100mAh sahaja dan teknologi pengecasan tanpa wayarnya mampu membenarkan pengguna mengecasan jam berkenaan dari jarak 1 meter daripada sumber tenaga. Bateri berkapasiti 100mAh dilihat sebagai agak rendah jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Gear (318mAh). Mungkinkah Apple mampu menghasilkan sebuah jam tangan pintar yang tidak menggunakan banyak tenaga untuk beroperasi seperti yang terdapat pada Nike+ Fuelband? Terdapat khabar angin yang mengatakan Apple sedang giat berusaha untuk memastikan jam tangan pintar mereka mampu bertahan dalam tempoh 4 hingga 5 hari untuk setiap pengecasan penuh.


    Buat masa ini, sudah terdapat banyak jam tangan pintar yang boleh diintegrasikan bersama-sama iPhone seperti jam tangan Pebble, dan Cookoo. Namun sudah pastinya, lebih ramai yang tidak sabar untuk menantikan jam tangn pintar rasmi daripada Apple sendiri.

    *Gambar-gambar berkenaan adalah sekadar hiasan sahaja. Ia bukanlah produk yang sebenar.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain