• Kesemua aplikasi baru perlu dioptimumkan kepada iOS 7 pada Februari 2014


    18 Disember 2013 - Bermula pada 1 Februari 2014 ini, kesemua pengeluar aplikasi untuk App Store Apple diwajibkan mematuhi syarat terbaru iaitu mengoptimumkan aplikasi untuk iOS 7. Sekiranya tidak mematuhi syarat ini, aplikasi berkenaan tidak akan mendapatkan kelulusan untuk memasuki App Store dan memulakan jualan kepada pengguna iOS 7. Ini termasuklah untuk aplikasi terbaru dan juga aplikasi yang dikemaskini. Kesemuanya wajib menggunakan kod terkini Xcode 5.

    Berdasarkan statistik, pengguna iOS 7 kian meningkat selepas 3 bulan diperkenalkan. Hampir 74% pengguna telah beralih kepada iOS 7 manakala bakinya masih menggunakan iOS 6 ke bawah. Adalah amat wajar sekali tindakan Apple mewajibkan optimasi iOS 7 ke atas aplikasi bagi memastikan pengalaman yang lebih lancar dan baik di kalangan pengguna mereka. Buat masa ini, Apple sedang menguji kemaskini iOS 7.1 dalam bentuk beta dan dijangka bakal dilancarkan buat pengguna biasa pada suku tahun pertama tahun hadapan.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain