• [Konsep] Antaramuka Apple TV yang dikemaskini dengan rekaan iOS 7



    16 Disember 2013 - Kedatangan iOS 7 telah pun disambut baik oleh penguna Apple di seluruh dunia pada tahun ini terutamanya setelah pelancaran iPhone 5S, iPhone 5C dan iPad Air. Setelah iOS 7 dilancarkan, hampir semua produk Apple telah menerima kemaskini terbaru untuk mengikuti rekaan antaramuka iOS 7 termasuklah Mac OSX. Walau bagaimanapun, Apple TV masih lagi mengekalkan antaramuka yang sama dan tidak dikemaskini buat masa ini.

    Oleh kerana itu, Andrew Ambrosino, seorang pereka grafik bebas telah mengeluarkan konsep Apple TV dengan rekaan tema iOS 7. Imaginasi beliau membayangkan Apple TV ini bakal dilengkapi dengan aplikasi tambahan seperti permesejan video, Siri, dan banyak lagi. Secara keseluruhan, konsep rekaan yang diperkenalkan oleh Ambrosino adalah amat menarik dan kemas. Ia mengetengahkan ikon seumpama iOS 7 pada Apple TV di samping penggunaan banner yang lebih besar bagi mempromosikan lagu dan filem. Pada pandangan Drexar21, konsep ini sangat menarik dan amat wajar sekiranya Apple ingin mengadaptasinya pada kemaskini Apple TV di masa akan datang.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain