• Nokia akan memperkenalkan jam tangan pintar pada Oktober 2014?

    24 Disember 2013 - Berdasarkan maklumat yang diterima di beberapa laman blog teknologi, Nokia dijangka bakal memperkenalkan jam tangan pintar versi mereka pada bulan Oktober tahun hadapan. Ia dikatakan direka oleh bahagian pembangunan peranti baru yang diketui oleh Alex Meyer dan Peter Skillman. Teknologi jam tangan pintar Nokia dijangka bakal menggunakan fungsi Kinect yang pernah dipertontonkan oleh Nokia sebelum ini. Melalui Nokia Kinect, pengguna berupaya mengawal peranti pintar mereka dengan hanya melengkungkannya ke kiri ataupun ke kanan.

    Buat masa ini, masih tiada lagi kepastian sama jam tangan pintar Nokia ini merupakan sebuah peranti yang boleh beroperasi dengan sendiri atau memerlukan sebuah peranti pintar lain seperti telefon mahupun tablet untuk digunakan. Malah kita sendiri tidak mengetahui sama ada ia akan menggunakan sistem operasi Windows Phone ataupun tidak. Namun, dijangkakan ia bakal boleh dihubungkan dengan sistem operasi mudah alih Microsoft ini berikutan pengambil alihan sebahagian besar Nokia oleh Microsoft.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain