• Nokia Normandy bakal menjadi telefon Android Nokia yang pertama?


    11 Disember 2013 - Nokia sememangnya sudah sinonim dengan sistem operasi Windows Phone di pasaran dunia. Namun, masih ramai yang menantikan syarikat berkenaan untuk mengeluarkan telefon pintar berasaskan Android. Alasan utamanya adalah kerana bilangan aplikasi yang dimiliki oleh ekosistem Android adalah lebih banyak berbanding Windows Phone. Baru-baru ini pihak @Evleaks telah mempertontonkan sebuah telefon pintar berwarna merah dengan logo Nokia. Telefon yang diberi nama Normandy ini dikatakan bakal menjadi telefon Nokia pertama yang menggunakan Android. Normandy ini kelihatan amat berlainan daripada telefon Nokia Lumia sebelum ini kerana tidak memiliki logo Windows di bahagian hadapan.

    Beberapa pihak telah membuat dakwaan bahawa telefon ini bakal diperkenalkan pada 2014 dan berkemungkinan akan disasarkan buat pengguna di negara yang sedang membangun seperti India. Mungkin ini adalah strategi Nokia untuk terus releven di pasaran dunia terutama ketika ketiadaan aplikasi penting di dalam keluarga Nokia Asha. Versi Android yang bakal digunakan Nokia juga tidak akan bersangkut paut dengan Google di mana Nokia dikatakan akan menggunakan Android yang telah diubahsuai sama seperti yang diguna pakai oleh Amazon untuk Kindle Fire. Persoalannya, adakah pihak Microsoft bakal membenarkan perkara ini berlaku terutama setelah mereka mengambil alih sebahagian daripada Nokia?

    Sumber gambar : @evleaks 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain