• Subway Surfers kini di Windows Phone 8


    18 Disember 2013 - Selepas menanti dengan lama, akhirnya pengguna Windows Phone 8 boleh memuat turun aplikasi permainan popular Subway Surfers di Windows Phone Store bermula hari ini. Permainan yang dibangunkan oleh Kiloo ini  bersaiz 27 MB boleh dimuat turun secara percuma. 

    Bagi yang tidak mengenali Subway Surfers, ia merupakan sebuah aplikasi permainan yang amat popular di Android dan iOS dengan konsep 'berlari tanpa henti'. Di dalam permainan ini, pemain akan memegang watak seorang anak muda yang gemar membuat grafiti dan cuba melarikan diri daripada ditangkap pihak berkuasa (inspektor). Semasa melarikan diri, pemain perlu mengumpul sebanyak mana mungkin duit sambil mengelakkan diri daripada melanggari gerabak kereta api. 

    Subway Surfers telah pertama kali diperkenalkan pada Mei 2012 dan telah menampilkan banyak kemaskini sehingga hari ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain