• SwiftKey Beta 4.4 kini lebih mudah digunakan


    5 Disember 2013 - SwiftKey merupakan sebuah aplikasi bantuan untuk papan kekunci maya yang sangat popular di kalangan pengguna Android. Ia membantu pengguna untuk mempercepatkan masa untuk menaip di dalam telefon mahupun tablet kerana ia dapat mengagak perkataan yang ditulis oleh pengguna berdasarkan pengkalan data pengguna yang diambil daripada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga SMS. SwiftKey Bet 4.4 telah diperkenalkan baru-baru ini di mana ia memudahkan kerja pemasangan (installation) aplikasi berkenaan di dalam Android. Hanya terdapat 3 langkah sahaja yang perlu dilakukan untuk memasang aplikasi berkenaan iaitu Enable, Select, dan Get. Langkah-langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan kekunci maya SwiftKey akan sentiasa muncul walaupun ketika pengguna menggunakan aplikasi-aplikasi yang lain. Sebelum ini, pengguna perlu mengikuti 5 langkah untuk memasang aplikasi berkenaan di dalam peranti Android. Mungkin perubahan yang diperkenalkan tidaklah seketara mana, namun ia dapat mempercepatkan proses yang perlu dilalui oleh seorang pengguna baru SwiftKey. Adakah anda salah seorang pengguna SwiftKey?


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain