• Switch Malaysia mula menjual iPad Air serendah RM1,599


    6 Disember 2013 - Switch Malaysia telah memulakan jualan iPad Air kepada pengguna pada minggu ini dengan tawaran harga bermula pada RM1,599 untuk versi WiFi sahaja dan RM2,029 bagi versi WiFi dan 3G LTE. Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan Switch di Malaysia yang menawarkan iPad Air berkenaan. Switch yang tidak menawarkan iPad Air buat masa ini adalah cawangan Kota Bharu, Mesra Mall (Kemaman), USM (P. Pinang), KDU UC Damansara dan Centre Point (Kota Kinabalu). Menurut pihak Switch, beberapa stok iPad Air yang dijual adalah amat terhad. Pada masa yang sama, pihak Apple Store Malaysia masih belum menjual iPad terbaru berkenaan secara dalam talian.


    Laman web Switch Malaysia
    Laman Facebook Switch Malaysia
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain