• Apple memulakan jualan potongan harga pada hari ini


    10 Januari 2014 - Berita baik buat penggemar barangan Apple dan mereka yang bercadang untuk memilikinya. Pada hari ini sahaja, Apple telah memulakan jualan potongan harga untuk semua produk-produk mereka di laman web rasmi mereka. Jualan istimewa sehari ini berkemungkinan bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.


    Promosi ini hanya tertakluk buat mereka yang membeli produk Apple daripada laman rasmi sahaja dan pengedar rasmi mereka seperti Machines dan Switch tidak menyertainya. Antara produk yang ditawarkan adalah iPhone 5S, iPhone 5C, iPhone 4S, iPad Mini dengan paparan Retina, iPad Mini, iPad, iPod Touch dan banyak lagi. Penghantaran barangan juga adalah percuma.

    Bagi yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Apple di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain