• Celcom mula menawarkan Samsung Galaxy Note 3 versi mawar keemasan


    23 Januari 2014 - Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak Celcom telah mula menawarkan Samsung Galaxy Note 3 versi mawar keemasan. Versi terbaru Galaxy Note 3 ini menampilkan keistimewaan pada bahagian kerangka tepi luar telefon berkenaan di mana ia berwarna mawar keemasan tidak seperti rekaan sebelumnya. Bahagian belakang dan depan Galaxy Note 3 masih lagi mempunyai pilihan hitam ataupun putih.



    Denga setiap pembelian Samsung Galaxy Note 3 melalui Celcom, pengguna berpeluang untuk mendapatkan pelindung Moschino yang bernilai RM189 secara percuma. Selain itu, Celcom turut menawarkan Samsung Galaxy Gear (versi oren) pada harga serendah RM288 sahaja.

    Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Celcom buat para pengguna:



    Sumber informasi : Celcom
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain