• Dua versi iPhone bakal diperkenalkan pada tahun 2014


    6 Januari 2014 - Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak Apple pasti akan memperkenalkan sebuah iPhone versi terbaru bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka di seluruh dunia. Walau bagaimanapun pada tahun yang lalu, kita melihat sedikit perubahan trend di mana Apple telah melancarkan dua telefon pintar sekaligus iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Kedua-dua telefon pintar berkenaan amat diterima baik oleh para penggemar produk Apple terutamanya iPhone 5S. Pada tahun ini, dijangkakan Apple akan menggunakan strategi yang sama di mana mereka berkemungkinan akan memperkenalkan dua versi iPhone sekaligus.


    Menurut laporan daripada C Publication daripada China, Apple mungkin akan memperkenalkan sebuah telefon bersaiz 4.7 inci dan sebuah lagi bersaiz 5.7 inci. iPhone terbaru ini dijangkakan akan menggunakan nama iPhone 6. Malah kedua-dua iPhone yang bakal diperkenalkan ini berkemungkinan besar akan menyokong resolusi video 1080p HD. Apple akan terus menyokong telefon pintar bersaiz 4 inci kerana mereka masih lagi mempunyai golongan pengguna yang menggemari telefon bersaiz lebih kecil. Saiz iPhone yang manakah bakal menjadi pilihan anda kelak? 4.7 inci ataupun 5.7 inci?

    *Gambar-gambar adalah sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan produk sebenar
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain