• Fujifilem Instax Share SP-1 boleh mencetak gambar dari telefon pintar di mana sahaja


    29 Januari 2014 - Demam Instax telah melanda di negara kita sejak tahun lalu, sehubungan dengan itu, pihak Fujifilem telah memperkenalkan Instax Share SP-1 yang membolehkan pengguna mencetak gambar daripada telefon pintar Android dan iOS secara terus tanpa wayar. Gajet baru Fujifilem ini amat menarik kerana saiznya yang amat kecil dan boleh dibawa ke mana sahaja malah mampu mencetak gambar seperti sebuah kamera polaroid.


    Pencetak ini menggunakan dua bateri lithium CR2/DL dan mampu mencetak 10 keping gambar dalam satu-satu masa. Gambar yang dicetak pula berukuran 62mm x 46mm, sama seperti gambar yang dihasilkan oleh sebuah Instax Mini (sebesar kad nama biasa). Terdapat 5 pilihan tema cetakan gambar yang boleh dipilih iaitu, Real Time, Limited Edition, SNS, Square dan Standard.


    Untuk menggunakan Instax Share SP-1, pengguna perlu memuat turun aplikasi Instax Share daripada Google Play atau App Store. Gambar yang ditangkap boleh dicetak dengan menghubungkan telefon pintar dengan Instax Share SP-1 secara tanpa wayar. Pencetak mini ini akan dijual di Malaysia pada harga RM650 seunit manakala filemnya boleh dibeli pada harga RM50 sekotak (10 keping).

    Maklumat lanjut, sila layari laman Fujifilem di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain